Sekolah Kebangsaan Kuala Penor diberi nama sempena nama Kampung Kuala Penor yang terletak di persisiran pantai iaitu lebih kurang 25km dari bandar kuantan.Setelah jambatan dibina merentasi sungai kuantan di Tanjung Lumpur,perhubungan dengan jalan darat sejauh 39km ke bandar kuantan.

Sekolah ini telah dibina daripada usaha ketua kampung yang pertama iatu En Abu Bakar bin Awang Chik.Sekolah ini beroperasi sepenuhya pada tahun 1930 dengan keluasan 3.40 ekar.Semasa Jepun memerintah tanah melayu diawal tahun 40-an,sekolah ini tetap berjalan seperti biasa..Selepas tamat peperangan,sekolah ini diperbaiki untuk menambah bilik darjah yang tidak mencukupi.

Pada tahun 1979,sebuah bangunan baru telah dibina oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menggantikan bangunan lama.Bangunan setinggi dua tingkat ini terdiri daripada enam bilik darjah,bilik guru,pejabat,bilik guru besar,tandas guru,tandas murid dan tiga stor kecil.Kantin sekolah yang baru dibina untuk kemudahan yang lebih selesa.Namun begitu,bangunan lama masih tetap digunakan sehingga kini.

No comments:

Post a Comment